Thursday, June 11, 2020
AKTIVITI BAB 8 IMPLIKASI PEDAGOGI
RUJUKAN : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Thursday, June 4, 2020
AKTIVITI BAB 7
RUJUKAN : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2014) 4
Cerita Sosial 4
Terdapat 3 nilai yang saya dapati daripada cerita sosial 4 iaitu saling menghormati, berdikari dan baik hati. Nilai saling menghormati dibuktikan oleh Alim kerana Alim bersalaman dengan ahli keluarganya sebelum beredar ke kelas. Sikap ini menunjukkan bahawa Alim amat menghormati kedua-dua ibu bapanya serta kakak dan abangnya.. Seterusnya, nilai berdikari. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Berdikari bermaksud berdiri di atas kaki sendiri. Di samping itu, terdapat juga nilai baik hati. Sikap suka berkongsi Alim menunjukkan bahawa Alim seorang yang baik hati kerana suka berkongsi. Contohnya, Alim berkongsi kek cawan kepada kawan-kawannya apabila tiba tarikh kelahirannya.
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD, RAHIM, 2019)
Assalamualaikum semua.
Siapa seronok buat video macam sy?
Siapa seronok tu, mari tengok dan fahami asas-asas videografi.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Siapa seronok buat video macam sy?
Siapa seronok tu, mari tengok dan fahami asas-asas videografi.
Dah tengok dan fahami tak? Diharapkan nota bergambar seperti ini akan memudahkan anda untuk lebih faham tentang asas grafik!
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Thursday, May 7, 2020
KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
Terdapat pelbagai kepentingan asas grafik. Antara kepentingan asas grafik adalah menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi. Menarik adalah penting dalam asas grafik untuk membantu menarik minat semua golongan masyarakat. Foto atau gambar yang menarik boleh meninggalkan asas grafik yang sesuai dan meninggalkan kesan yang baik tanpa berasa keliru dan tidak puas hati dengan apa yang dipaparkan. Asas grafik yang mudah pula adalah membantu masyarakat untuk memahami sebuah gambar atau foto tanpa sebarang kekeliruan. Masyarakat sememangnya memerlukan apa yang dilihat atau dibaca difahami tanpa berasa ragu-ragu. Seterusnya, mesej juga penting dalam asas grafik kerana apa yang dilihat dan ditonton seharusnya menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Mesej yang disampaikan secara tidak langsung meninggalkan kesan kepada masyarakat. Ketara juga penting dalam asas grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana, ketara merupakan perkara yang penting dalam asas grafik. Foto ataupun video yang dipaparkan akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah. Kepentingan asas grafik yang terakhir ialah, promosi. Asas grafik juga penting dalam memberi kesan positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang disampaikan dalam kalangan masyarakat. Promosi akan lebih Berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto ataupun video.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia
CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3
Nilai murni dalam cerita sosial 3 :
1) Saling membantu
2) Kasih sayang
3) Sabar
Nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 3 ialah, saling membantu, kasih saying dan sabar. Nilai saling membantu ditunjukkan oleh Alim iaitu sering membantu ahli keluarganya di rumah. Seterusnya, nilai kasih saying dibuktikan oleh ibu Alim. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu memegang tangan Alim ketika Alim memerlukan bantuan. Ini membuktikan ibu amat mengasihi Alim. Nilai sabar juga ditunjukkan oleh Alim iaitu Alim sering bersabar dan rajin dalam membantu keluarganya.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3210Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA
Rujukan :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)











