Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: Sayang

                                                                 Nyawaku saying
 Assalamualaikum dan hai semua. Setiap insan yang lahir pada muka bumi ini semestinya mempunyai ahli keluarga sendiri. Ahli keluarga merupakan insan terdekat dan insan yang menyayangi kita dari lubuk hati yang paling dalam. Setiap insan dalam dunia ini menginginkan keluarga yang bahagia dan sentiasa menanamkan sikap saling menyayangi antara satu sama lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, kasih sayang dalam kalangan keluarga secara tidak langsung membantu menciptakan sebuah kebahagian yang tiada mempunyai pengganti walau harta sekalipun. Saya merupakan insan yang bernasib baik kerana dalam  kalangan keluarga yang sentiasa berkasih saying antara satu sama lain. Saya juga amat bersyukur kerana tuhan yang maha esa masih memberikan kasih saying daripada ibu dan ayah sehingga saat ini.

Seorang insan yang paling saya kagumi dalam ahli keluarga saya tidak lain dan tidak  bukan ayah saya iaitu Encik Haris Bin Nau. Ayah dilahirkan pada 24 September 1968 dan kini ayah berusia 51 tahun. Setiap kali ulang tahun kelahiran ayah, tidak lain dan tidak bukan, saya, ibu dan adik sememangnya membuat kejutan istimewa untuk insan yang kami sayang iaitu ayah. Walaupun kami tidak dapat memberikan kemewahan pada Tarikh ulang tahun ayah, ayah tetap memberikan senyuman sebagai tanda menghargai. Ayah merupakan seorang insan yang sentiasa mencukupi keperluan saya, ibu dan adik tanpa menghiraukan kesempurnaan keperluan ayah sendiri. Ayah seorang yang sangat penyayang kerana, ayah bukan sahaja menjadi seorang penyang kepada saya dan adik malah ayah sering menunjukkan sikap kasih dan sayang akan ibu. Hal ini kerana, ayah sentiasa membantu ibu ketika ibu dalam keadaan yang memerlukan. Ayah sentiasa menunjukkan sikap positif untuk menjadikan kami mencontohi ayah berkasih sayang dalam ahli keluarga. Saya tidak memerlukan teman lelaki dalam hidup saya kerana saya sudah mempunyai insan yang kasih dan sayang akan saya, iaitu ayah.

Seterusnya, insan yang sentiasa kasih akan diri ini tidak lain dan tidak bukan Puan Islina Binti Drahman iaitu ibu ratu hati saya. Selain ayah, ibu juga merupakan insan yang akan menerima kejutan pada tarikh ulang tahun ibu iaitu pada 26 November 1980. Kejutan ulang tahun buat ibu sering tidak menjadi kerana ibu sentiasa mengetahui gerak-geri kami. Namun, kebahagian dalam meraikan ulang tahun buat insan tersayang tetap dirasai. Ibu seorang yang tabah dalam mengharungi pelbagai penyakit. Pada satu ketika, ibu telah disahkan tidak dapat melahirkan anak setelah melahirkan adik bongsu saya. Pada saat ini, jelas sekali kesedihan pada raut wajah ibu. Namun, ayah telah memberikan semangat kepada ibu. Saya amat rapat dengan ibu kerana, apabila dirumah ibu merupakan sahabat saya dan apabila berjauhan saya akan menghubungi ibu sekali dalam sehari. Dengan kemudahan media sosial pada saat ini, saya sentiasa berhubung dengan ibu melalui aplikasi 'whatsapp' untuk menceritakan segala hal yang saya lakukan pada setiap hari. Saya tidak mempunyai insan lain untuk meluah kerana saya tidak mempunyai kakak dan abang. Usia adik mungkin tidak sesuai untuk mendengar luahan hati saya. Jadi, ibulah menjadi sahabat saya dan saya amat kasih akan ibu!

Satu-satunya adik saya, iaitu Haikal Hazrik Bin Haris. Saya amat sayang akan adik saya kerana Haikal merupakan satu-satunya adik saya yang saya miliki di dunia ini. Haikal sentiasa menghiburkan hati saya dan kami rapat sejak kecil lagi. Haikal mempunyai perwatakan seperti seorang abang dan sering melayan kakak sulungnya seperti seorang ratu. Haikal sentiasa memastikan keselamatan kakak sulungnya ketika ketiadaan ibu dan ayah di rumah walaupun baru berusia 16 tahun. Ketiadaan Haikal di rumah secara tidak langsung akan menyebabkan saya bosan. Jadi, saya amat bersyukur kerana memiliki seorang adik yang sayang akan kakaknya.


Ini merupakan keluarga besar saya. Saya tidak mempunyai ramai ahli keluarga tetapi kebahagiaan itu masih boleh dirasai. Saya juga bersyukur kerana tuhan yang maha esa masih memnajangkan usia datuk dan nenek saya pada saat ini. Datuk dan nenek amat menyayangi anak cucunya yang tidak ramai seperti orang lain. Ibu saudara saya pula melayan saya dan adik seperti anak mereka sendiri dan begitu juga ibu terhadap sepupu saya yang lain. Kini, ibu saudara saya, Mak Ngah telah berbadan dua dan bakal melahirkan generasi Haji Drahman yang baru. Selamat dating ke keluarga Haji Drahman dan Hajah Hamidah sayang kakak!

No comments:

Post a Comment