Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Cerita nenek dan datuk mengisahkan tentang kehidupan dalam kalangan ahli keluarga yang akrab. Nenek dan datuk yang amat menyayangi cucunya Alim. Alim merupakan kanak-kanak autisme dan berperwatakan seperti kanak-kanak. Di samping itu, Alim amat disayangi oleh seluruh ahli keluarganya tanpa menghiraukan Alim yang autisme. Kanak-kanak autisme sememangnya mempunyai pemikiran dan perangai yang berbeza daripada kanak-kanak normal yang lain. Alim dan keluarga tinggal di kampung dan suasana kampung yang indah dan tidak sesak seperti di bandar  menyebabkan Alim dan ahli keluarganya dapat menyesuaikan diri terutamanya untuk menjaga kanak-kanak autisme seperti Alim adalah lebih mudah jika dibandingkan dibandar. Hal ini dikatakan demikian kerana, persekitaran di kampung yang indah juga dapat membantu Alim dan keluarga untuk memahami persekitaran yang sentiasa mengalami perubahan. Alim berkelakuan seperti kanak-kanak kerana dia suka bermain dengan ayam dan itik peliharaan nenek dan datuk. Alim menangis sekiranya mendapati ayam dan itik kepunyaan nenek dan datuk hilang. Dia menyangkakan binatang perliharaan nenek dan datuk iaitu ayam dan itik  kepunyaan datuk dan neneknya sudah mati. Tetapi Alim mula berasa gembira apabila mengetahui bahawa ayam dan itik itu tidak mati dan hanya dipindahkan ke reban yang baharu. Alim berasa sedih sekali lagi apabila melihat perubahan keadaan rumah datuk dan neneknya tetapi dipujuk oleh neneknya dengan dibawa bersiar-siar di kawasan rumah. Hati Alim yang terluka akhirnya terubat apabila dia bergelak ketawa bersama adik beradiknya di ruang tamu sambil menonton televisyen. Nenek dan datuknya berasa lega.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2019). Dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT


1 comment:

  1. best la sinopsis awak buat. mudah difahami dan jelas penceritaan :)

    ReplyDelete