Thursday, May 7, 2020

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Terdapat pelbagai kepentingan asas grafik. Antara kepentingan asas grafik adalah menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi.  Menarik adalah penting dalam asas grafik untuk membantu menarik minat semua golongan masyarakat.  Foto atau gambar yang menarik boleh meninggalkan asas grafik yang sesuai dan meninggalkan kesan yang baik tanpa berasa keliru dan tidak puas hati dengan apa yang dipaparkan. Asas grafik yang mudah pula adalah membantu masyarakat untuk memahami sebuah gambar atau foto tanpa sebarang kekeliruan. Masyarakat sememangnya memerlukan apa yang dilihat atau dibaca difahami tanpa berasa ragu-ragu. Seterusnya, mesej juga penting dalam asas grafik kerana  apa yang dilihat dan ditonton seharusnya menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Mesej yang disampaikan secara tidak langsung meninggalkan kesan kepada masyarakat. Ketara juga penting dalam asas grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana,  ketara merupakan perkara yang penting dalam asas grafik. Foto ataupun video yang dipaparkan akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah. Kepentingan asas grafik yang terakhir ialah, promosi. Asas grafik juga penting dalam memberi kesan positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang disampaikan dalam kalangan masyarakat. Promosi akan lebih Berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto ataupun video.

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia


No comments:

Post a Comment