Thursday, June 4, 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2014) 4


Cerita Sosial 4


Terdapat 3 nilai yang saya dapati daripada cerita sosial 4 iaitu saling menghormati, berdikari dan baik hati. Nilai saling menghormati dibuktikan oleh Alim kerana Alim bersalaman dengan ahli keluarganya  sebelum beredar ke kelas. Sikap ini menunjukkan bahawa Alim amat menghormati kedua-dua ibu bapanya serta kakak dan abangnya.. Seterusnya, nilai berdikari. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Berdikari bermaksud berdiri di atas kaki sendiri. Di samping itu, terdapat juga nilai baik hati. Sikap suka berkongsi Alim menunjukkan bahawa Alim seorang yang baik hati kerana suka berkongsi. Contohnya, Alim berkongsi kek cawan kepada kawan-kawannya apabila tiba tarikh kelahirannya.


RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu



No comments:

Post a Comment