Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan obejektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran Bahasa, dan pembelajaran multimedia. Genre kesusteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip, drama dan pantun. Berdasarkan genre ini, , responden memilih salah satu daripada genre yang mereka suka untuk ditulis di dalam blog 66.7% responden lelaki 80% responden wanita telah memilih puisi sebagai genre kesukaan mereka. Responden lelaki dan wanita mencadangkan agar genre yang digunakan adalah bersesuaian untuk ditulis di dalam blog. Antara puisi yang ditulis adalah seperti puisi cinta kepada teman lelaki saya, puisi untuk berterima kasih kepada kedua I bu bapa saya, puisi pendek supaya orang membaca dan fahami, mendedikasi puisi untuk orang yang istimewa, menulis puiisi untuk  Kesusateraan Bahasa Melayu dan puisi bagus untuk mempraktik perkataan bahasa Melayu. Seterusnya genre cerpen yang dipilih oleh 86.7% responden lelaki dan 96.7% oleh responden wanita. Mereka menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek untuk menambah kemahiran menulis. Selain itu, penulisan skrip juga telah dipilih oleh responden. Sebanyak 76.7% reponden lelaki dan 93.35 responden daripada kalangan wanita telah memilih  untuk menulis skrip dalam blog. Responden 93.3%  responden wanita telah menulis skrip dalam blog mendapati ianya membantu mereka untuk berimaginasi. Selanjutnya, genre pantun telah dipilih oleh responden wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki iaitu 86.7% diikuti 67.7% oleh responden lelaki. 

Rakan sekalian, 

Selain itu , menurut  Noraien Mansor dan Normaliza bd Rahim (2019), penulisan blog dipilih sebagai alat dalam pembelajaran Bahasa dalam kalagan responeden.  Berdasarkan responden , pembelajaran Bahasa boleh dipelajari  melalui penulisan surat,  meluah perasaan, dan juga melalui banyak pemikiran kritis daripada blog. Penulisan surat telah dipilih oleh responden wanita iaitu 83% dan 805 oleh responden lelaki.  Jumlah yang agak tinggi daripada responden wanita dalam penulisan blog untuk meluah perasaan iaitu sebanyak 100% dan lelaki lebih rendah iaitu 96.7%. Mereka juga membuat teka-teki kerana mendapat banyak komen. 

Selain itu,  menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Misalnya, video, audio dan gambar. Bagi video sebanyak 100% telah dipilih oleh responden lelaki dan wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana,  mereka teruja untuk menyatakan atau menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Hal ini juga berlaku pada sebahagian audio. Semua responden juga berminat untuk meletakkan lagu kegemaran mereka di dalam blog mereka masing-masing. 93% responden lelaki suka meletakkan gambar kedalam blog manakala responden wanita berjumlah 100% iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti  Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment