Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik dalam Multimedia

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dengan penggunaan kamera dan video.

Terdapat lima asas grafik iaitu, mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

1) Mudah
Mudah didefinisikan sebagai gambaran orang atau objek yang mudah difahami orang yang melihat gambaran tersebut. Contohnya adalah seperti gambaran buah dan orang memahami dan mengetahui itu adalah buah dan tiada unsur kekeliruan.

2) Warna
Warna merupakan kombinasi warna yang terdapat didalam foto atau video. Gambaran yang cantic seharusnya hanya mempunyai tiga warna sahaja. Contohnya adalah seperti laut berwarna biru, pokok bewarna pokok dan banyak lagi.

3) Teks
Merujuk kepada jemis dan saiz fon untuk mecantikkan grafik. Teks dianggap sebagai penerangan terhadap grafik. Kesesuaian teks juga adalah amat penting.

4) Kesesuaian
Kesesuaian grafik dapat diukur melalui latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat satu gambaran. Kesesuaian adalah amat penting untuk memberikan gambaran yang jelas. Contohnya, di pantai terdapat pasir, orang dan pemandangan yang indah.

5) Keseimbangan
Keseimbangan adalah seimbang dari segi atas, bawah, atas, kiri dan kanan. Keseimbangan dalam grafik dapat ditentukan melalui ruang noktah untuk mendapatkan ruang yang tepat atau seimbang, jurugambar boleh menggunakan 'Rule of Third'.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 

No comments:

Post a Comment