Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN WACANA

Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya saying ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Keluarga merupakan kebahagiaan yang tiada nilai dan tiada tandingan. Setiap makhluk di muka bumi ini mempunyai keluarga masing-masing namun berbeza nasib dan pengalaman dalam hubungan kekeluargaan. Saya sememangnya bersyukur kerana dianugerahi sebuah keluarga yang aman damai dan bahagia kerana saya dan ahli keluarga saya sememangnya menyayangi antara satu sama lain. Di samping itu, kami sekeluarga juga sememangnya mudah menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga yang lain yang memerlukan pertolongan. Siapa lagi akan membantu keluarga kita kalua bukan ahli keluarga kita sendiri. Sebagai seorang anak sulung, saya semestinya menjadi contoh terbaik buat adik saya dan menjadi seorang kakak yang menghormati ibu bapa saya. Hal ini dikatakan demikian kerana, adik saya juga akan menghormati ibu bapa saya kerana saya merupakan contoh kepada adik saya. Kerana kasih ibu dan ayah saya sentiasa mengajar adik saya supaya berbudi, beradab dan menjaga pertuturan ketika bertutur dengan ibu dan ayah. Walaupun kini saya berada jauh daripada mereka, saya akan menghubungi mereka sekali sehari sebagai tanda rindu dan budi pekerti saya dan tetao mengingati mereka walau di mana saya berada. Di samping itu, saya juga berusaha untuk membantu ibu dan ayah terutamanya. Saya berkorban hati dan jiwa terpaksa berjauhan daripada ibu bapa untuk menuntut ilmu dan tanggungjawab saya sebagai anak ialah membantu meringankan beban mereka. Saya pasti, sekiranya saya belajar dan menuntut ilmu, saya boleh membantu membahagiakan ibu dan ayah serta menghadiahkan kejayaan buat mereka suatu hari nanti.

Rujukan

1. Normaliza Abd. Rahim (2014), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia.



Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0

1. Apakah itu keseimbangan?
Keseimbangan adalah merujukn kepada ruang dalam foto atau ruang video. Seimbang juga diterima apabila grafik dapat disampaikan dengan baik. (1m)

2.  Long Shot
Gambar pemandangan tepi pantai  (1m)

3. Close-up
Gambar pada bahagian hidung dan mata (1m)

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik





  Assalamualaikum dan hai! Hari ini, kami iaitu Lenggang-Kangkung production telah berjaya menyempurnakan tugasan daripada Prof. Normaliza binti Abd Rahim dan kami telah berrjaya mendapat 3 bintang. Walaupun kami tidak Berjaya mendapat bintang penuh daripada prof namun kami tetap bangga pada diri sendiri kerana mampu memberikan kerjasama yang terbaik antara satu sama lain. Di samping itu, kami yakin dapat memberikan usaha yang lebih untuk tugasan yang akan datang dan memperbaiki segala kelemahan dalam kumpulan kami untuk mendapat markah penuh pada tugasan yang seterusnya. 




Kami berjaya mengumpul tiga bintang untuk tugasan ini.





Sunday, February 23, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

ASAS FOTOGRAFI

1. Long shot



(Permandangan)


                                                           (Permandangan dan manusia)







2. Potrait


                                                                    (Seluruh badan)

                                                                   
                                                                  (Bahagian muka)



3. Close-up


(Bunga)

(Anggota badan: Mata dan Hidung)


4. Medium Shot







5. Mug shot


                           










                                              









                          












Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2

SINOPSIS

Alim merupakan insan yang istimewa. Alim sangat baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim suka berkongsi kepada orang lain. Alim seorang yang murah tangan dan baik hati,. Oleh itu, ibu memuji Alim kerana Alim sentiasa berbuat baik kepada orang lain. Sikap Alim seperti ini haruslah sentiasa dicontohi. Alim tidak suka memiliki satu benda seorang diri. Alim lebih gemar untuk berkongsi sesuatu yang dimilikinya kepada orang lain. Itulah keistimewaan dan kemuliaan hati Alim. Alim merupakan masyarakat kampung dan  tinggal bersama keluarganya di kampung yang cantik, indah, damai dan menyeronokkan. Pada suatu hari, ayah atelah membeli buah-buahan yang banyak. Alim dan adik beradiknya yang lain amat menyukai buah-buahan. Ayah membeli buah-buahan yang banyak dari pasar tani. Ayah mengajak semua orang makan. Adiknya Aisyah menyukai manggis di antara buah-buah yang lain.  Ibu seorang yang pembersih dan kemas. Ibu sentiasa mementingkan kebersihan dan kekemasan. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu merupakan seorang perempuan. Sikap ibu bersesuaian dengan sikap kemas. Pada suatu hari, ketika menikmati buah-buahan Bersama keluarga, ibu mengarahkan Alim untuk membuang sampah ke dalam bakul yang disediakan. Alim dan keluarganya yang lain akur pada perintah dan arahan tersebut. Ketika menikmati buah-buahan yang banyak itu, Alim bertindak untuk memberikan  buah-buahan yang banyak itu kepada Sulaima. Hal ini dikatakan demikian kerana, Sulaiman juga menyukai buah-buahan. Ibu memuji sikap Alim yang suka berkongsi.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi Terengganu:  Universiti Terengganu Malaysia



BBM3410Satu2020: Sayang

                                                                 Nyawaku saying
 Assalamualaikum dan hai semua. Setiap insan yang lahir pada muka bumi ini semestinya mempunyai ahli keluarga sendiri. Ahli keluarga merupakan insan terdekat dan insan yang menyayangi kita dari lubuk hati yang paling dalam. Setiap insan dalam dunia ini menginginkan keluarga yang bahagia dan sentiasa menanamkan sikap saling menyayangi antara satu sama lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, kasih sayang dalam kalangan keluarga secara tidak langsung membantu menciptakan sebuah kebahagian yang tiada mempunyai pengganti walau harta sekalipun. Saya merupakan insan yang bernasib baik kerana dalam  kalangan keluarga yang sentiasa berkasih saying antara satu sama lain. Saya juga amat bersyukur kerana tuhan yang maha esa masih memberikan kasih saying daripada ibu dan ayah sehingga saat ini.

Seorang insan yang paling saya kagumi dalam ahli keluarga saya tidak lain dan tidak  bukan ayah saya iaitu Encik Haris Bin Nau. Ayah dilahirkan pada 24 September 1968 dan kini ayah berusia 51 tahun. Setiap kali ulang tahun kelahiran ayah, tidak lain dan tidak bukan, saya, ibu dan adik sememangnya membuat kejutan istimewa untuk insan yang kami sayang iaitu ayah. Walaupun kami tidak dapat memberikan kemewahan pada Tarikh ulang tahun ayah, ayah tetap memberikan senyuman sebagai tanda menghargai. Ayah merupakan seorang insan yang sentiasa mencukupi keperluan saya, ibu dan adik tanpa menghiraukan kesempurnaan keperluan ayah sendiri. Ayah seorang yang sangat penyayang kerana, ayah bukan sahaja menjadi seorang penyang kepada saya dan adik malah ayah sering menunjukkan sikap kasih dan sayang akan ibu. Hal ini kerana, ayah sentiasa membantu ibu ketika ibu dalam keadaan yang memerlukan. Ayah sentiasa menunjukkan sikap positif untuk menjadikan kami mencontohi ayah berkasih sayang dalam ahli keluarga. Saya tidak memerlukan teman lelaki dalam hidup saya kerana saya sudah mempunyai insan yang kasih dan sayang akan saya, iaitu ayah.

Seterusnya, insan yang sentiasa kasih akan diri ini tidak lain dan tidak bukan Puan Islina Binti Drahman iaitu ibu ratu hati saya. Selain ayah, ibu juga merupakan insan yang akan menerima kejutan pada tarikh ulang tahun ibu iaitu pada 26 November 1980. Kejutan ulang tahun buat ibu sering tidak menjadi kerana ibu sentiasa mengetahui gerak-geri kami. Namun, kebahagian dalam meraikan ulang tahun buat insan tersayang tetap dirasai. Ibu seorang yang tabah dalam mengharungi pelbagai penyakit. Pada satu ketika, ibu telah disahkan tidak dapat melahirkan anak setelah melahirkan adik bongsu saya. Pada saat ini, jelas sekali kesedihan pada raut wajah ibu. Namun, ayah telah memberikan semangat kepada ibu. Saya amat rapat dengan ibu kerana, apabila dirumah ibu merupakan sahabat saya dan apabila berjauhan saya akan menghubungi ibu sekali dalam sehari. Dengan kemudahan media sosial pada saat ini, saya sentiasa berhubung dengan ibu melalui aplikasi 'whatsapp' untuk menceritakan segala hal yang saya lakukan pada setiap hari. Saya tidak mempunyai insan lain untuk meluah kerana saya tidak mempunyai kakak dan abang. Usia adik mungkin tidak sesuai untuk mendengar luahan hati saya. Jadi, ibulah menjadi sahabat saya dan saya amat kasih akan ibu!

Satu-satunya adik saya, iaitu Haikal Hazrik Bin Haris. Saya amat sayang akan adik saya kerana Haikal merupakan satu-satunya adik saya yang saya miliki di dunia ini. Haikal sentiasa menghiburkan hati saya dan kami rapat sejak kecil lagi. Haikal mempunyai perwatakan seperti seorang abang dan sering melayan kakak sulungnya seperti seorang ratu. Haikal sentiasa memastikan keselamatan kakak sulungnya ketika ketiadaan ibu dan ayah di rumah walaupun baru berusia 16 tahun. Ketiadaan Haikal di rumah secara tidak langsung akan menyebabkan saya bosan. Jadi, saya amat bersyukur kerana memiliki seorang adik yang sayang akan kakaknya.


Ini merupakan keluarga besar saya. Saya tidak mempunyai ramai ahli keluarga tetapi kebahagiaan itu masih boleh dirasai. Saya juga bersyukur kerana tuhan yang maha esa masih memnajangkan usia datuk dan nenek saya pada saat ini. Datuk dan nenek amat menyayangi anak cucunya yang tidak ramai seperti orang lain. Ibu saudara saya pula melayan saya dan adik seperti anak mereka sendiri dan begitu juga ibu terhadap sepupu saya yang lain. Kini, ibu saudara saya, Mak Ngah telah berbadan dua dan bakal melahirkan generasi Haji Drahman yang baru. Selamat dating ke keluarga Haji Drahman dan Hajah Hamidah sayang kakak!

BBM3410Satu2020: Tips belajar dengan mudah

NIEZAESHRA BINTI HARIS
195924

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pagi yang indah ini saya akan berkongsi kepada anda semua 'Tips Belajar dengan Mudah'. Media sosial sememangnya banyak mendatangkan manfaat dan kelebihan dalam kelas bahasa. Pertama sekali, media sosial membantu mendapatkan ilmu di luar dengan lebih banyak dan mendapatkan ilmu yang lebih sahih. Seterusnya, isu tentang pendidikan dan teknologi amat mudah dan cepat diakses. Media sosial juga membantu untuk menambahkan pemahaman ketika belajar terutamanya dalam mengenali istilah-istilah baharu. Di samping itu, media sosial juga memudahkan pensyarah dan pelajar dalam mencari ilmu.




Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Kumpulan 5

Asas Grafik

Kami dari kumpulan 5 iaitu Lenggang Kangkung Production telah bekerjasama membuat aktiviti berkumpulan iaitu dengan menyenaraikan lima elemen asas grafik dalam multimedia. Kami telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 'mounting board', gunting, pisau lipat, majalah lama dan riben. Selain itu, setiap kumpulan dikehendaki mencari lima gambar dalam majalah lama dan menghuraikan elemen yang terdapat dalam setiap gambar.

 Elemen yang diperlukan dalam setiap gambar ialah, warna, mudah, kesesuaian, keseimbangan dan teks. Kami memilih elemen warna dalam gambar tumbuhan iaitu bersesuaian dengan warna hijau daun. Selain itu, elemen mudah pula kami telah memilih gambar bunga yang jelas. Elemen kesesuaian pula, kami telah memilih gambar yang bertemakan sejarah. Di samping itu, elemen keseimbangan pula, kami telah memilih gambar permandangan di lautan. Kami memilih gambar yang mempunyai teks yang jelas tentang gambar yang dipaparkan pada elemen teks. 

Berikut merupakan proses-proses penghasilan kerja :

1. Menggunting gambar dan abjad di dalam majalah. 

2. Mengumpul abjad dan gambar yang bersesuaian.

3. Mengelaskan abjad daripada majalah dan menyusun abjad mengikut nama dan no matrik   pada mounting board.

4. Mendapatkan pandangan daripada Profesor berkaitan gambar yang dipilih.

5. Mengemaskan potongan gambar daripada majalah.

6. Melekatkan gambar yang telah dipilih pada mounting board.

7. Mengikat riben pada bahagian tepi mounting board dan majalah berjaya dihasilkan dengan cantik dan sempurna.

8. Lenggang Kangkung Production Berjaya menghasilkan sebuah majalah berdasarkan lima elemen iaitu, warna, kesesuaian, mudah, teks dan keseimbangan.


Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami. Setelah menghasilkan majalah ini, kami telah Berjaya memahami elemen-elemen asas grafik dengan baik serta Berjaya mencari gambar yang berkaitan dengan kesemua elemen tersebut.


    





BBM3410Satu2020: BLANKET TEST

KUMPULAN 5

1) Apa itu keseimbangan?
 =Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang dimaksudkan ialah ruang kiri dan kanan serta atas dan bawah (1m)

2) Muka surat 'Rule of Third'?
= Muka surat 80 (1m)

3)Apakah asas grafik yang terdapat dalam gambar?
=Warna. Warna biru yang lembut sesuai pada warna langit, warna hijau sesuai pada pokok dan warna biru kehijau-hijauan sesuai pada laut. (1m)

4)Apakah asas grafik yang terdapat dalam gambar?
=Keseimbangan pada gambar atas dan bawah serta kiri dan kanan. (1m)

Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Cerita nenek dan datuk mengisahkan tentang kehidupan dalam kalangan ahli keluarga yang akrab. Nenek dan datuk yang amat menyayangi cucunya Alim. Alim merupakan kanak-kanak autisme dan berperwatakan seperti kanak-kanak. Di samping itu, Alim amat disayangi oleh seluruh ahli keluarganya tanpa menghiraukan Alim yang autisme. Kanak-kanak autisme sememangnya mempunyai pemikiran dan perangai yang berbeza daripada kanak-kanak normal yang lain. Alim dan keluarga tinggal di kampung dan suasana kampung yang indah dan tidak sesak seperti di bandar  menyebabkan Alim dan ahli keluarganya dapat menyesuaikan diri terutamanya untuk menjaga kanak-kanak autisme seperti Alim adalah lebih mudah jika dibandingkan dibandar. Hal ini dikatakan demikian kerana, persekitaran di kampung yang indah juga dapat membantu Alim dan keluarga untuk memahami persekitaran yang sentiasa mengalami perubahan. Alim berkelakuan seperti kanak-kanak kerana dia suka bermain dengan ayam dan itik peliharaan nenek dan datuk. Alim menangis sekiranya mendapati ayam dan itik kepunyaan nenek dan datuk hilang. Dia menyangkakan binatang perliharaan nenek dan datuk iaitu ayam dan itik  kepunyaan datuk dan neneknya sudah mati. Tetapi Alim mula berasa gembira apabila mengetahui bahawa ayam dan itik itu tidak mati dan hanya dipindahkan ke reban yang baharu. Alim berasa sedih sekali lagi apabila melihat perubahan keadaan rumah datuk dan neneknya tetapi dipujuk oleh neneknya dengan dibawa bersiar-siar di kawasan rumah. Hati Alim yang terluka akhirnya terubat apabila dia bergelak ketawa bersama adik beradiknya di ruang tamu sambil menonton televisyen. Nenek dan datuknya berasa lega.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2019). Dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT


BBM33410Satu: Penulisan Blog

10 cara penulisan blog yang baik 

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik minat perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan bebrbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan  terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. 
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10.Berilmu untuk penulisan pendidikan                                                                                                                                                                                                                                                               
Ulasan  
                                                                                                                              
Penulisan blog yang baik secara tidak langsung banyak memberikan impak positif kepada penulis dan pembaca. Menghasilkan sebuah blog yang menarik bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Terdapat sepuluh cara penulisan blog yang baik. Pertama, Tajuk yang menarik yang boleh menarik minat dan perhatian pembaca merupakan cara untuk menghasilkan penulisan blog yang baik. Tajuk yang digunakan seharusnya tidak menyebabkan pembaca berasa bosan. Selain itu, cerita yang menarik juga dapat menarik hati pembaca. Jalan cerita yang tidak menarik menyebabkan pembaca tidak berminat untuk membaca penulisan blog yang dihasilkan. Di samping itu, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkan penulisan lebih menarik dan terhibur secara tidak langsung membantu menarik minat pembaca.  Hujah yang terbaik dan bersesuaian dengan jalan cerita  juga dapat digunakan untuk menghuraikan penulisan blog yang baik. Penulisan blog yang baik juga haruslah mengaitkan penulisan blog dengan berita terkini untuk menghasilkan penulisan blog yang menarik. Selain itu, menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Penulisan blog juga haruslah dapat dibaca dan difahami. Di samping itu, penulisan blog haruslah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan juga membantu untuk menghasilkan penulisan blog yang baik. Akhir sekali, penulis haruslah berilmu untuk penulisan Pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana, untuk memastikan penghasilan penulisan blog yang baik dan mampu menarik minat pembaca seharusnya dilahirkan oleh penulis yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan.                                                                                                                                                                        
Rujukan

Noraien & Normaliza(2019), Ehh!!! Media social. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.                                                                                       

BBM3410Satu2020: Tentang Diri


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai, saya Niezaeshra Binti Haris. Saya bersusia 22 tahun dan lahir pada 1 Mei 1998. Saya merupakan anak sulung dan saya hanya mempunyai seorang adik lelaki dikenali sebagai Haikal Hazrik. Saya amat bersyukur kerana Allah masih memberikan kasih dan sayang daripada seorang ibu dan ayah kepada saya sehingga saat ini. Saya juga amat bersyukur kerana mempunyai ibu dan ayah yang sangat penyayang dan sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk menjadi seorang yang berguna sehingga saya berjaya menjejak kaki ke menara gading pada saat ini.  Kini, saya sedang melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pelajar jurusan Bahasa dan Linguitsik melayu. Saya cinta akan jurusan saya kerana saya amat meminati subjek bahasa Melayu sejak peringkat sekolah rendah lagi. Mempelajari sesuatu ilmu dalam jurusan yang diminati sejak kecil lagi merupakan satu peluang terindah bagi saya. Saya berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang. Berjauhan daripada ibu bapa dalam jarak yang jauh bukan penghalang bagi saya untuk meraih kejayaan seperti insan lain. Harapan saya adalah untuk membanggakan keluarga saya terutamanya ibu dan ayah yang banyak berkorban banyak perkara setelah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia.