Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa


2. Bahagian B 

Huraikan kepentingan rule of thirds dalam 200 patah perkataan. 

Rule of thirds merupakan teknik fotografi yang penting. Rule of thirds dapat digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkan teknik komposisi dak keseimbangan imej dan fotografi. Terdapat banyak kepenting Rule of thirds. Antara kepentingan Rule of Thirds ialah, memudahkan seseorang untuk mengambil gambar atau merangka paparan. Semasa mengambil gambar, seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Di samping itu, kepentingan Rule of Thirds juga ialah, membantu untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui grid tersebut akan memberikan empat garis yang juga berguna untuk elemen dalam foto.  Seterusnya, apabila membingkai foto, imej akan dibahagikan iaitu menggunakan kotak grid. Kepentingan Rule of thirds yang seterusnya ialah membantu untuk mrndapatkan foto atau gambar yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar yang sempurna dan cantik merupakan gambar yang mempunyai ruang yang kelihatan seimbang dari sisi atas, bawah, kiri dan kanan. Rule of thirds juga membantu dalam memikirkan unsur-unsur gambar yang penting pada garisan dan persimpangan grid. Seseorang yang mengambil gambar perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment