Wednesday, April 29, 2020

BBM3210Satu2020: Strategi Kesopanan Brown & Levinson (1987)

Niezaeshra Binti Haris
195924

Bahagian A

Strategi Teori Kesopanan dalam Wacana

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Lavinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan kesopanan dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’ : ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987 : 61 ) menentukan muka positif kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3) : bald on record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.







Bahagian B: 


Ringkasan Cerita Sosial 2:


Berdasarkan  Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik.  Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga.

Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment