Thursday, April 30, 2020

BBM3210Satu2020: Media Sosial


Pada pendapat saya, media sosial sememangnya banyak mendapatangkan impak positif jika dibandingkan daripada impak negatif. Selain daripada kelebihan yang saya nyatakan diatas terdapat banyak lagi kelebihan media sosial dalam kalangan masyarakat juga negara. Setuju tak?



Budak bahasa memang rugi kalau tak rasa media sosial ni banyak membantu. Saya pelajar bahasa Melayu jadi saya tidak akan meragui penggunaan media sosial dalam sesi pengajian saya. Saya kunci jawapan saya!

Selain positif, kita juga kena pandang arah negatif. Setiap kelebihan semestinya mempunyai kelemahan, dan pastinya begitu jugalah manusia. Kan? 


CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2






Senaraikan 3 nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa

1) Pemurah

2) Menghargai

3) Rajin



Pada pendapat saya, terdapat 3 nilai yang ditonjolkan dalam cerita sosial ini ialah pemurah, menghargai dan rajin. Nilai pemurah jelas sekali ditunjukkan oleh sikap ayah Alim yang mengajar anak-anak beliau untuk berbahagi rezeki kepada orang lain. Sikap meghargai pula ditunjukkan oleh Sulaiman dan ibunya setelah menerima pemberian orang lain akan mengucapkan ucapan terima kasih. Sikap rajin Alim membantu ahli keluarganya juga merupakan satu nilai positif yang terdapat dalam cerita sosial 2. Semua nilai ini secara tidak langsung memberikan iktibar dan menerapkan nilai-nilai ini dalam kehidupan seharian pembaca.

Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)





Assalamualaikum. Nak tanya ni, siapa macam sy kalau nak ambik gambar mesti nak gambar tu elok mata memandang je. Maksudnya gambar tu bermutu dan nampak cantik kerana mempunyai ruang atau komposisi yang menarik dan sempurna. Jadi, salah satu rahsia untuk jadikan gambar atau foto yang cantik adalah dengan menggunakan kuasa Rule of Thirds. Rule of Thirds sememangnya akan menjanjikan sebuah foto atau gambar yang sempurna dan menarik. 

Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Wednesday, April 29, 2020

BBM3210Satu2020: Strategi Kesopanan Brown & Levinson (1987)

Niezaeshra Binti Haris
195924

Bahagian A

Strategi Teori Kesopanan dalam Wacana

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Lavinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan kesopanan dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’ : ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987 : 61 ) menentukan muka positif kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3) : bald on record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.







Bahagian B: 


Ringkasan Cerita Sosial 2:


Berdasarkan  Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik.  Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga.

Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa


2. Bahagian B 

Huraikan kepentingan rule of thirds dalam 200 patah perkataan. 

Rule of thirds merupakan teknik fotografi yang penting. Rule of thirds dapat digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkan teknik komposisi dak keseimbangan imej dan fotografi. Terdapat banyak kepenting Rule of thirds. Antara kepentingan Rule of Thirds ialah, memudahkan seseorang untuk mengambil gambar atau merangka paparan. Semasa mengambil gambar, seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Di samping itu, kepentingan Rule of Thirds juga ialah, membantu untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui grid tersebut akan memberikan empat garis yang juga berguna untuk elemen dalam foto.  Seterusnya, apabila membingkai foto, imej akan dibahagikan iaitu menggunakan kotak grid. Kepentingan Rule of thirds yang seterusnya ialah membantu untuk mrndapatkan foto atau gambar yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar yang sempurna dan cantik merupakan gambar yang mempunyai ruang yang kelihatan seimbang dari sisi atas, bawah, kiri dan kanan. Rule of thirds juga membantu dalam memikirkan unsur-unsur gambar yang penting pada garisan dan persimpangan grid. Seseorang yang mengambil gambar perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Pengenalan Bab 2: 

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan 

mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Huraian:

Menerusi Normaliza Abd Rahim (2014) dapat dilihat bahawa golongan muda masa kini terutamanya pelajar dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan mengarang sebuah cerita. Apabila seseorang individu itu mengarang sebuah cerita, mereka dapat mengembangkan lagi idea dan memperkukuhkan lagi penggunaan kosa kata yang betul serta struktur ayat yang benar. Mereka ini dapat membina keyakinan diri dengan menulis sebuah cerita di media sosial seperti di laman Twitter. Penggunaan laman sosial yang meluas dalam kalangan pelajar dapat mendorong mereka untuk lebih menggunakan platform tersebut untuk berkongsi cerita. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan yang membantutkan niat mereka untuk menulis. Halangan paling besar ialah diri mereka sendiri. Hal ini kerana, kebanyakan daripada mereka kurang keyakinan diri dan terlalu takut akan pandangan masyarakat terhadap penulisan mereka. Oleh itu, mereka lebih memilih untuk tidak menulis sebuah cerita di laman sosial.


Selain itu, menerusi penulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) didapati bahawa pelajar lebih gemar melakukan aktiviti dengan penglibatan yang menerus agar mereka dapat lebih fokus pada proses pembelajaran bahasa. Kebanyakan pelajar mudah berasa bosan apabila mereka mempelajari sesuatu bahasa. Guru atau pendidik perlu membantu pelajar dengan menyediakan sesuatu aktiviti secara terus agar pelajar mudah hadam segala ilmu masuk ke otak tanpa berasa keliru dan bosan sepanjang tempoh pembelajaran.






Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: Twitter(Cerita Pendek)

Siapa team saya suka buat cerita ringkas dalam story? Meh angkat tangan! Hehehew hello? Kali ni tugasan Bbm3410 agak menarik bagi sy. Cerita ringkas sy berkaitan perjalanan balik ke negeri tercinta masa MCO. Haih, senang kata, perjalanan balik dari semenanjung ke Sarawak bukan lah mudah ye. Tapi sekarang Alhamdulillah selamat sampai, Yahuuu!!!!








Rujukan : 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Monday, April 27, 2020

BBM3410: TugasanMinggu7 Lenggang Kangkung Production


Hello? Salam Ramadan hari ke 3? Seronok kan puasa sambal kelas online, Ya Allah perasaan ini tidak boleh aku gambarkan ! See, Prof kami baik, beliau bagi markah full untuk hasil tugasan yang telah disediakan di atas. Nak tengok pasaipa kami dapat fullmark, silakan bukak ye?

 #SayangProf
#AdaRahsiaTakMacamManaJadiBaikMacamProf
#TerimaKasihProf



l