Sunday, March 22, 2020

BBM3410Satu2020: Simpulan Bahasa


Hai? Assalamualaikum semua. Semoga semua dalam keadaan yang sihat sejahtera dan jangan lupa Stay at your Home! Ini merupakan video daripada Lenggang Kangkung Production yang bertajuk simpulan Bahasa. Selamat menonton semua!!! Terima kasih.

Tuesday, March 17, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY





Hello everyone.... So nah, ini video kedua dari Lenggang Kangkung Production. Video ini bertajuk 'Jenis-jenis Flatlay". Selamat menonton!!!!!!

Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY




Hai? Assalamualaikum. Ini merupakan video dari kumpulan kami iaitu Lenggang Kangkung Production!!!!!! Tahu korang tak sabra nak tunggu our next video ni kan? hahahahaha. Nah!!! Video kali ni adalah flatlay dalam gambar. Nak tahu lebih lanjut, sila saksikan video menarik kami....

Monday, March 9, 2020

Bbm3410Satu2020: Asas Fotografi

Hello? Nak saksikan hasil kerja dari lenggang-kangkung production tak? sila klik link di bawah. Selamat menonton 🥰


                                                     https://youtu.be/mvHOtp6G5rs



Thursday, March 5, 2020

BBM3401Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (INSTAGRAM)





BBM3410Satu2020: Asas Grafik dalam Multimedia

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dengan penggunaan kamera dan video.

Terdapat lima asas grafik iaitu, mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

1) Mudah
Mudah didefinisikan sebagai gambaran orang atau objek yang mudah difahami orang yang melihat gambaran tersebut. Contohnya adalah seperti gambaran buah dan orang memahami dan mengetahui itu adalah buah dan tiada unsur kekeliruan.

2) Warna
Warna merupakan kombinasi warna yang terdapat didalam foto atau video. Gambaran yang cantic seharusnya hanya mempunyai tiga warna sahaja. Contohnya adalah seperti laut berwarna biru, pokok bewarna pokok dan banyak lagi.

3) Teks
Merujuk kepada jemis dan saiz fon untuk mecantikkan grafik. Teks dianggap sebagai penerangan terhadap grafik. Kesesuaian teks juga adalah amat penting.

4) Kesesuaian
Kesesuaian grafik dapat diukur melalui latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat satu gambaran. Kesesuaian adalah amat penting untuk memberikan gambaran yang jelas. Contohnya, di pantai terdapat pasir, orang dan pemandangan yang indah.

5) Keseimbangan
Keseimbangan adalah seimbang dari segi atas, bawah, atas, kiri dan kanan. Keseimbangan dalam grafik dapat ditentukan melalui ruang noktah untuk mendapatkan ruang yang tepat atau seimbang, jurugambar boleh menggunakan 'Rule of Third'.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS OLEH VANDIJK(1977)

Struktur makro makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik tema satu teks superstruktur kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan, struktur kesimpulan, struktur mikro makna local daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh Vandijk(1977).

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) Teori  Vandijk (1977) dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran.


Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim(2019) Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) Strategi Pengelakan, atau Pengurangan 2. Aengolan topik achievement of Compensotory Strategies Pencapaian atau stragei Panpasan faanu ueyesuam/uvega. 3. Prafrasa (circomlucation). 4. Penghampiran 5. Penggunaan perkataan sam tujuan 6. Cipta perkataan baharu (word-coinage) 7. Penstukturan semula/ penggumaan kaedah bukan Bahasa (use of non linguistic meaning) 8. Terjemahan literal 9. Pengantaralangsaan 10. Pertukaran kod 11. Meminta Pertolongan, pengesahan, penjelasan, atau membuat tekaan/appeal for help stalling stalling or times-gaining strategies penangguhan atau strategi tambahan waktu. 12.Penggunaan perkataan yang tiada makna/use of fillers/strategi penanda (hesitation devices).



Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan

1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengekalan Topik

Achievement of Compesatory Strategies
(Pencapaian atau strategi Pampasan)

3. Prafrasa
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-Coinage)
7. Penstukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan Bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan , penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help stalling

Stalling or Time-gaining Strategies
(Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu)

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesilation devices)


RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM






Terdapat beberapa manfaat yang boleh didapati bagi bab 4 buku Eh!!! Media Sosial mengenai penggunaan Instagram adalah seperti berikut : 

1) Membantu menarik masyarakat untuk menonton cerita pendek  yang dikongsi oleh pengguna Instagram.
2)Penggunaan Instagram dapat membantu pengguna untuk mempelajari cara merakam video dan juga menonoton cerita pendek Instagram pengguna yang lain.
3) Cerita pendek di di dalam Instagram memberi peluang kepada umum untuk berkongsi cerita dan pengalaman kepada pengguna Instagram yang lain.
4) Dapat mempelajari benda baharu daripada cerita pendek di Instagram.
5) Membantu menggunakan Instagram secara positif.
6) Pengajar dapat membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu.
7) Pengguna Instagram dapat menggunakan teknologi dengan cara yang betul.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu



BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan obejektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran Bahasa, dan pembelajaran multimedia. Genre kesusteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip, drama dan pantun. Berdasarkan genre ini, , responden memilih salah satu daripada genre yang mereka suka untuk ditulis di dalam blog 66.7% responden lelaki 80% responden wanita telah memilih puisi sebagai genre kesukaan mereka. Responden lelaki dan wanita mencadangkan agar genre yang digunakan adalah bersesuaian untuk ditulis di dalam blog. Antara puisi yang ditulis adalah seperti puisi cinta kepada teman lelaki saya, puisi untuk berterima kasih kepada kedua I bu bapa saya, puisi pendek supaya orang membaca dan fahami, mendedikasi puisi untuk orang yang istimewa, menulis puiisi untuk  Kesusateraan Bahasa Melayu dan puisi bagus untuk mempraktik perkataan bahasa Melayu. Seterusnya genre cerpen yang dipilih oleh 86.7% responden lelaki dan 96.7% oleh responden wanita. Mereka menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek untuk menambah kemahiran menulis. Selain itu, penulisan skrip juga telah dipilih oleh responden. Sebanyak 76.7% reponden lelaki dan 93.35 responden daripada kalangan wanita telah memilih  untuk menulis skrip dalam blog. Responden 93.3%  responden wanita telah menulis skrip dalam blog mendapati ianya membantu mereka untuk berimaginasi. Selanjutnya, genre pantun telah dipilih oleh responden wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki iaitu 86.7% diikuti 67.7% oleh responden lelaki. 

Rakan sekalian, 

Selain itu , menurut  Noraien Mansor dan Normaliza bd Rahim (2019), penulisan blog dipilih sebagai alat dalam pembelajaran Bahasa dalam kalagan responeden.  Berdasarkan responden , pembelajaran Bahasa boleh dipelajari  melalui penulisan surat,  meluah perasaan, dan juga melalui banyak pemikiran kritis daripada blog. Penulisan surat telah dipilih oleh responden wanita iaitu 83% dan 805 oleh responden lelaki.  Jumlah yang agak tinggi daripada responden wanita dalam penulisan blog untuk meluah perasaan iaitu sebanyak 100% dan lelaki lebih rendah iaitu 96.7%. Mereka juga membuat teka-teki kerana mendapat banyak komen. 

Selain itu,  menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Misalnya, video, audio dan gambar. Bagi video sebanyak 100% telah dipilih oleh responden lelaki dan wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana,  mereka teruja untuk menyatakan atau menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Hal ini juga berlaku pada sebahagian audio. Semua responden juga berminat untuk meletakkan lagu kegemaran mereka di dalam blog mereka masing-masing. 93% responden lelaki suka meletakkan gambar kedalam blog manakala responden wanita berjumlah 100% iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti  Malaysia Terengganu