Thursday, May 7, 2020

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Terdapat pelbagai kepentingan asas grafik. Antara kepentingan asas grafik adalah menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi.  Menarik adalah penting dalam asas grafik untuk membantu menarik minat semua golongan masyarakat.  Foto atau gambar yang menarik boleh meninggalkan asas grafik yang sesuai dan meninggalkan kesan yang baik tanpa berasa keliru dan tidak puas hati dengan apa yang dipaparkan. Asas grafik yang mudah pula adalah membantu masyarakat untuk memahami sebuah gambar atau foto tanpa sebarang kekeliruan. Masyarakat sememangnya memerlukan apa yang dilihat atau dibaca difahami tanpa berasa ragu-ragu. Seterusnya, mesej juga penting dalam asas grafik kerana  apa yang dilihat dan ditonton seharusnya menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Mesej yang disampaikan secara tidak langsung meninggalkan kesan kepada masyarakat. Ketara juga penting dalam asas grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana,  ketara merupakan perkara yang penting dalam asas grafik. Foto ataupun video yang dipaparkan akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah. Kepentingan asas grafik yang terakhir ialah, promosi. Asas grafik juga penting dalam memberi kesan positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang disampaikan dalam kalangan masyarakat. Promosi akan lebih Berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto ataupun video.

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia


CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3



Nilai murni dalam cerita sosial 3 :
1) Saling membantu
2) Kasih sayang
3) Sabar

Nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 3 ialah, saling membantu, kasih saying dan sabar. Nilai saling membantu ditunjukkan oleh Alim iaitu sering membantu ahli keluarganya di rumah. Seterusnya, nilai kasih saying dibuktikan oleh ibu Alim. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu memegang tangan Alim ketika Alim memerlukan bantuan. Ini membuktikan ibu amat mengasihi Alim. Nilai sabar juga ditunjukkan oleh Alim iaitu Alim sering bersabar dan rajin dalam membantu keluarganya.

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


BBM3210Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



Nota saya sangat cantik, ringkas, tepat dan padat. Ini merupakan nota 'Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna'. Setelah menghasilkan nota ini, saya bertindak untuk memastikan penggunaan bahasa dan struktur ayat yang saya gunakan dalam penulisan blog saya adalah betul

Rujukan :

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu