Thursday, July 16, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai? Diharap semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ni, tujuan penulisan di blog ini bukan untuk bercerita benda yang biasa sy bercerita tapi hari ni special sikit sebab sy nak kongsikan kalendar yang cantik sy telah usahakan. Bagi sy, kalender sy cantiklah ni, tapi bagi awk wow asal cantik sangat ni Nija hasil kerja kau? hehehehe.

OKAY!!!!

Untuk proses penghasilan kalendar ini memanglah agak menyabar. Namun dengan kudrat dan usaha yang ada saya berjaya untuk siapkan hasil kalendar 2021 saya. YAY!! Tak lupa juga jutaan terima kasih di atas jasa Prof kesayangan ramai iaitu Prof Dr Normaliza dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada En Akmal kerana memberi tunjuk ajar dalam penghasilan kalendar ini.

Walaupun, berkali-kali perlu ke kedai leptop untuk memperbaiki leptop yg rosak akibat memuat naik PhotoShop,namun saya reda dan Prof ajar hidup ni kena reda selalu. Hasil keredaan dan kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan kalendar 2021 dengan ikhlas hati.

Meh tengok!!!!!!!



























Sunday, June 14, 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Nyatakan perbezaan kajian dalam bab facebook dan twitter.

- Menurut Bicen & Cavus, pelajar menggunakan twitter untuk mengemas kini rutin dan menyatakan emosi mereka dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

- Menurut Madge (2019) pula, Facebook pula sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal bukannya alat pembelajaran formal.

- Dunlap & Lowenthall (2019) menyatakan bahawa Twitter memberi impak besar dalam meningkatkan kehadiran sosial.

- Blatner & Fiori (2009) pula menyatakan bahawa Facebook berkongsi faedah interaksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik melalui penggunaan kumpulan di Facebook.

- Elavsky & Mislan (2011) menyatakan bahawa Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh manakala Blattner & Lomicka (2012).

RUJUKAN :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1





KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong Ibu Bapa setiap hari
Bermula  di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu Bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya saying ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Lambang pada logo :

Lukisan 4orang manusia merupakan Ibu, ayah, adik dan saya.
Tangan yang bersalaman merupakan saling menghormati.
Saling berpegang tangan menunjukkan perasaan saling sayang antara satu sama lain.
Jam pada bahagian belakang merupakan waktu bersama keluarga dan saling membantu setiap masa.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Thursday, June 11, 2020

ANIMASI DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



Cantik tak nota lukisan saya untuk tajuk Animasi Drama dan Filem? Terima kasih.

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


Antara nilai murni yang saya dapati daripda cerita social 5 ialah, murah hati. Hal ini dibuktikan oleh Alim yang sering memberikan buku kepada jirannya dan Alim seorang yang suka berkongsi. Seterusnya, nilai sabra terdapat pada diri Alim yang tidak merungut apabila menempuh dugaan iaitu jatuh sakit. Di samping itu, terdapat juga nilai kasih sayang. Kasih sayang dalam kalangan keluarga jelas sekali ditunjukkan oleh ahli keluarga Alim yang sering mendoakan dan mengasihani keadaan Alim ketika sakit.  Nilai murni yang terdapat dalam cerita social 5 jelas dapat memberi kesan positif kepada pembaca. 

Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


AKTIVITI BAB 8 IMPLIKASI PEDAGOGI




RUJUKAN : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu